SARIKEI: Jatropha boleh dianggap sebagai satu tanaman komersial yang baik di pasarannya sepertimana yang dijamin oleh Bio Oil Nasional (Bionas).
Pengerusi eksekutif kumpulan Bionas Mohd Safi'e M Jaffri berkata Bionas sudah mula untuk bergerak secara agresif terhadap pembangunan bahan bakar jatropha di negara itu berikutan kejayaanya terhadap ujian yang dikendalikan oleh syarikat Jerman, Elsbert.
Dengan teknologi Jerman, Bionas telah mebina sebuah kilang memproses di Semenanjung Malaysia, di mana ia memberi jaminan pasaran untuk tanaman.
“Pada peringkat permulaan, kami menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam penanaman jatropha. Di Sarawak kami mulakan dengan satu skim penanaman Jatropha yang dikenali sebagai Projek Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS). “
Bionas menyediakan sehingga 80 peratus subsidi anak benih kepada sesiapa berminat, dan anak benih percuma kepada petani petani miskin di kawasan luar bandar. Subsidi adalah terhad untuk 10 ekar setiap petani.
Para petani tidak perlu bimbang kerana tanaman tersebut tidak akan dimusnahkan oleh binatang atau serangga kerana buahnya adalah beracun (tidak boleh dimakan). Kebiasaannya pokok mula berbuah enam bulan selepas penanamannya dengan jangka hayat sehingga 50 tahun.
Maka tumbuhan tersebut mengeluarkan hasil yang tinggi dengan hanya memerlukan penyeliaan yang minimum.
“Secara kasar 10 ekar jatropha (8000 pokok) boleh menjana satu pendapatan bulanan RM3,000. Setiap ekar boleh meng hasilkan sehingga 3.6 tan atau 300 kilogram setiap bulan. Pada harga semasa setiap kilogram adalah bersamaan RM1.05, para petani yang mengusahakan 10 ekar tumbuhan jatropha dapat memperolehi sehingga RM3,000 setiap bulan.”
Jatropha boleh dilihat sebagai satu hasil yang boleh membantu dalam pembasmian kemiskinan luar bandar, tegas beliau.
Permintaan untuk jatropha dijangka bertambah , harganya juga akan meningkat, katanya. Tahun ini harga dijangka menjangkau RM1,500 setiap tan metrik.
Selain pengeluaran bio diesel dan bio petrol untuk negara kita, jatropha boleh juga digunakan untuk mengeluarkan bio-conola bagi pasaran orang Eropah.
Para petani tidak seharusnya meragui Bionas dalam ber peranan memajukan industri dimana ianya merupakan teknologi terbaik di dunia untuk membekalkan anak-anak benih yang ber kualiti. Ia menghasilkan anak-anak benih dengan kandungan minyak 47 peratus, katanya.
Bionas telah melantik 200 buah tapak semaian di negeri itu, setiap semaian memperolehi 50 million anak pokok siap yang akan dibekalkan kepada mereka yang berminat. Sehingga kini 121,000 orang petani di negeri itu telah didaftarkan untuk menyertai PERS melibatkan tentang 500,000 ekar terletak di seluruh negeri.
Bionas turut dijalankan program serupa di Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Thailand.
Sementara itu, sekitar 60 petani menghadiri taklimat berkenaan skim oleh Zurina Amnan di hotel di sini semalam. Taklimat serupa juga akan diadakan di tempat-tempat lain seperti Kuching, Selangau, Julau, Belaga Kapit dan Bintulu dalam beberapa hari berikutnya, tambah beliau.Di antara kehadiran mereka ialah penyelaras Bionas untuk bahagian Sarikei, Ling Pan Ming.
Para petani yang tertarik untuk menyertai dalam program ini boleh menghubungi penyelaras program , Ling.