Galeri Gambar Majlis BIONAS bersama Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

Kota Bahru , Kelantan, 28 December 2007 - Di dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur  (ECER) Bionas akan membangunkan Projek Agropolitan Tanaman Jarak di negeri Kelantan, bekerjasama dengan Ladang Rakyat Kelantan untuk menanam Jarak di seluruh negeri Kelantan, secara terus, ‘intercropping’ dan membuka lebih banyak tapak semaian di setiap daerah.

Projek Pembangunan Agropolitan termasuk pembinaan kilang-kilang (penapisan, perahan minyak, baja) serta perumahan pekerja, masjid, dan kemudahan asas yang lain.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah mendoakan agar projek ini berjalan dengan baik supaya dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Kelantan terutamanya golongan miskin, orang kurang upaya dan orang ramai.

Kerajaan Persekutuan pula telah memperuntukkan sebanyak 122 billion di dalam bidang pertanian di seluruh Negara bagi membangunkan taraf hidup rakyat terutamanya penduduk luar Bandar.