Bintulu, Sarawak, 05 - 07 Disember 2009 - Program Survival Ekonomi Tanaman Pokok Jarak di kawasan pedalaman Long Sobeng, Ulu Tinjar, Sarawak anjuran BIONAS dan Encik Henry Layu, Nurseri Bionas di Bintulu. Program 3 hari ini disertai oleh nurseri-nurseri Bionas dari Limbang, Lawas, Ulu Baram, Miri, Sebauh, Tatau, Julau, Bintangor, Pusa, Spaoh, Serian dan Kuching. Turut disertai oleh penduduk 8 buah kampung disekitar Ulu Tinjar, Sarawak yang telah berjaya menjual hasil jarak mereka. Kesemua kampung di kawasan tersebut mendapat 100% pembiayaan tanaman oleh Bionas.
|