Pekebun kecil perlu libatkan diri dalam penanaman Pokok Jarak
oleh : Awang Ahmad

New Sabah Times , 26 November 2007

KINABATANGAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Abdul Rahim Ismail berkata masyarakat pekebun kecil di negeri ini perlu melibatkan. diri dalam program penanaman Pokok Jarak sebagai usaha meningkatkan lagi pengeluaran bahan bakar negara berasaskan biodiesel.

Katanya, program pertanian sedemikian yang diperkenalkan ke negeri ini oleh Bionas Agropolitan Teknologi Koridor atau BATC Development Bhd. mampu menjana ekonomi masyarakat berkenaan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Beliau berkata langkah pelaburan syarikat tersebut bukan saja akan mengujudkan suasana ekonomi “menang-menang" dengan penduduk setempat, tetapi satu penglibatan besar dalam menjana pengeluaran biodiesel negara berasaskan pemindahan tekno¬logi tinggi kepada rakyat di luar bandar.

"Saya percaya usaha petanian ini bukan saja mendatangkan minat golongan muda kepada bidang pertanian serta menyelesaikan masalah, pengangguran di luar bandar Tetapi kita, sudah mendapat peranan besar untuk membantu negara bagi pengeluaran, bio-diesel berasaskan pokok jarak.

" Kita juga boleh menyahut seruan kerajaan hari ini, untuk. sama-sama mengurangkan masalah alam sekitar sekaligus ekoran penggunaan, bahan api yang mengeluarkan karbon dan pencemaran yang tinggi," katanya ketika berucap, merasmikan Majlis Penerangan dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman atau MOU di antara BATC Development Berhad, Bionas Sdn Bhd bersama-sama Ko-Tanikan Berhad, sebuah koperasi yang diwujudkan Biro Pertanian dan Perikanan Umno Kinabatangan bagi mewakili masyarakat.

Mempunyai jangka hayat sehingga 47 tahun, diikuti bantuan pinjaman yang boleh disalurkan oleh BATC, sudah tentu ia boleh pendapatan yang lumayan kepada penduduk di Kinabatangan terutamanya yang masih tergolong di bawah garis kemiskinan.

Kata Abdul Rahim lagi tidak seharusnya penduduk di luar bandar melepaskan peluang tersebut, apalagi bidang pertanian itu lebih jelas memberikan keuntungan dari bidang-bidang komuditi pertanian yang lain.

"Dari aspek pemerolehan hasil pendapatan yang boleh diraih seawal enam bulan. kalau tidakpun lebih nilai pulangan berbanding bahan komoditi pertanian lain. bermakna kita sudah boleh meraih pendapatan yang lebih cepat tanpa memerlukan. Kos pengurusan bidang yang tinggal "Ini satu pencapaian baik untuk kita menyahut seruan. kerajaan yang bukan saja mahu menjadikan bidang & pertanian sebagai perusahaan ekonomi terbesar dan global tetapi menyahut seruan Dasar halatuju Pembangunan Negeri yang mejadikan pertanian sebagai salah satu daripada tiga cabang ekonomi penting,” katanya di hadapan lebih 500 orang dari kalangan pekebun kecil dan ketua-ketua Cawangan Umno Kinabatangan.

Turut hadir Pegawai Daerah Kinabatangan, Abdul Latif Kandok, Pengerusi Ko-Tanikan Berhad Saddi Abdul Rahman dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan BATC. Haji Mohd. Safie M. Jaffri, Ketua Pegerakan Wanita Umno Kinabatangan. Hajah Aminah Haji Johan yang juga Timbalan Pengerusi, KO-Tanikan. Ketua Puteri. Iryani Jaafar serta kumpuIan pakar-pakar teknikal BATC Development Bhd. Dalam pada itu Menteri berkenaan menyarankan BATC supaya merperhebatkan lagi program Penyelidikan dan Pertanian atau R&S yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut bagi menjayakan pelbagai penghasilan produk yang berasaskan nilai tambah.


Hakcipta Terpelihara © 2007
BATC Development Bhd