Projek tanaman Jarak Jatropha tingkat ekonomi penduduk
oleh : Ahmad Nurul Fahkri Ahmad Rusli

Sinar Harian , 25 November 2007

PADANG HANGUS - Projek tanaman pokok Jarak Jatropha berpotensi menjana pembangunan ekonomi masyarakat khususnya rakyat luar bandar untuk membasmi kemiskinan, Menurut Pengarah Operasi BIONAS Sdn Bhd,Mohd Fadzir Mohd Nasir. penduduk seharusnya merebut peluang mengusahakan tanaman tersebut yang memberi pulangan lumayan memandangkan hasil tanaman ini dapat dijadikan bio-diesel untuk kegunaan enjin dan kenderaan.

"Projek ini akan membuka. peluang besar kepada rakyat negeri ini untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga dengan jaminan pendapatan tetap pada setiap bulan," katanya ketika ditemui pada Majlls Penerangan dan Perasmian Tapak Semaian BIONAS di masjid Padang Hangus, di sini. semalam.

Menurutnya, tanaman pokok Jarak Jatropha ini boleh menghasilkan bio¬diesel dan merupakan antara agenda negara bagi meningkatkan ekonomi rakyat dalam bidang pertanian. Sehingga kini, sambutan daripada masyarakat berhubung projek tanaman ini amat menggalakkan dan pihak BIONAS akan memantau serta menjamin pasaran hasil yang dikeluarkan.

"Proses penanaman, penjagaan dan memetik buah tanaman ini mudah dan mereka akan diberi tUnjuk ajar dan khidmat nasihat pihak BIONAS supaya mendapat hasil yang diharapkan.
"Pihak BIONAS akan menyediakan skim pembiayaan penanaman iaitu anak pokok tersebut khusus untuk peserta dijangka mula berbuah pada bulan ke enam serta bo1eh hidup sehingga lebih 45 tahun, selain boleh ditanam secara selangseli dengan tanaman lain pada jarak 7 kaki antara satu sama lain." katanya.

.

Hakcipta Terpelihara © 2007
BATC Development Bhd