Kerajaan negeri sambut baik cadangan BATC Development
oleh : Awang Ahmad

New Sabah Times , 26 November 2007

KINABATANGAN : Kerajaan negeri menyambut baik cadangan Bio Agropolitan Teknologi Coridor Bhd (BATC Development) menyalurkan pelaburan sejumlah RM100 juta bagi menjayakan projek penanaman Pokok Jarak (Jatrocpha Curcas) di kawasan ini dalam tempoh terdekat, sebagai usaha pa-du menjadikan Kinabatang-an pusat penting pengeluaran bahan bakar berasaskan biodiesel negara itu di masa depan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Japlin Akim berkata, langkah serta jaminan yang diberikan syarikat berskala besar tempatan beribu pejabat di Kuala Lumpur itu bukan saja bakal menjadikan kawasan ini pengeluar bahan bakar terbesar di Sabah, tetapi boleh membantu mengatasi kemiskinan tegar yang dihadapi kalangan pekebun kecil serta rakyat tempatan di daerah itu.

“Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan BATC, Haji Mohd Shafie M. Jaffri untuk menjadikan Kinabatang-an tumpuan program Pokok Jarak atau dikenali rakyat tempatan sebagai ‘Pokok Tangan-Tangan’ ini, kita yakin usaha ini bukan saja membangunkan kawasan setempat dan negeri Sabah, tetapi meletakkan Sabah pengeluar biodisel negara di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Meras-mikan Majlis Penerangan Po-kok Jarak dan Majlis Mena-nandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara pihak BATC Developmen Bhd, Bio-nas Sdn Bhd dan Ko-Tanikan Kinabatangan Berhad di Dewan Serbaguna Lamag di sini, petang kelmarin.

Pada Perjanjian itu, BATC Development diwakili Haji Mohd Shafie dan anak Bionas selaku anak syarikatnya diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Zurina Amnan. Manakala Ko Tanikan Kinabatangan Berhad, diwakili oleh Saddi Abdul Rahman selaku peng-erusinya.

Japlin yang juga Ketua Per-gerakan Pemuda Umno Sabah berkata, peluang setiap keluarga tempatan khususnya pekebun kecil di daerah ini untuk menyertai program pertanian berkenaan, dengan bantuan khusus yang boleh diberikan BATC, agak terbuka berikutan syarat-syarat penyertaan dan pembiayaan amat longgar disediakan pihak pelabur berkenaan.

Beliau menjelaskan, BATC hanya memerlukan setiap pekebun kecil dan mereka yang menduduki tanah kerajaan hanya mendapat pengesahan daripada pemimpin setempat termasuk Ketua Kampung, JKKK dan Pegawai Daerah bahawa mereka mendiami kawasan tersebut.

“Tambahan lagi, pokok jarak boleh ditanam bersama-sama tanaman kontan yang lain dan tidak memerlukan penjagaan yang ketat… Asalkan tanah berkenaan tidak berair dan bebas daripada banjir, pokok jarak boleh ditanam dan menghasilkan sehingga 1.2 ton selepas tempoh enam bulan.

“Penghasilan Pokok Jarak yang berganda-ganda selepas tempoh tiga tahun memboleh-kan nilai pendapatan bidang ini jauh lebih besar daripada pokok kelapa sawit mencecah RM3,000 hingga lebih RM6, 000 setiap 10 ekar,” katanya.

Menjawab satu soalan, Japlin menyokong sebarang permohonan tanah sendiri oleh pihak Ko-Tanikan sesuai dengan dasar kerajaan negeri yang tidak lagi meluluskan permohonan yang dikemukakan kumpulan tertentu dan individu, sebaliknya mempastikan kelulusan tanah berkenaan untuk kebaikan kumpulan sasaran rakyat di luar bandar.

Pengerusi BATC, Haji Safie, Saddi dan Pegawai Daerah Kinabatangan turut sama pada sidang media itu.

Sementara itu Puan Zurina dalam sidang media itu berkata, pembelian terhadap lebih 240 ekar tanah di Keningau dengan nilai lebih RM24 juta bagi tujuan program Penye-lidikan dan Pembangunan (R&D) pokok Jarak, membolehkan Bionas mendapat pembiayaan kewangan lebih RM230 juta daripada dua institusi kewangan dalam negara.

“ Maka kita telah mendapat lampu hijau daripada BATC selaku syarikat induk untuk memperuntukkan RM100 juta khusus untuk menjayakan program pengembangan pokok ja-rak di Kinabatangan,” kata-nya.

Pihaknya, kata Zurina ber-bangga, kerana program pena-naman pokok jarak berskala besar turut dimasukkan sebagai salah satu bidang penting pertanian dalam Program Sabah Koridor yang akan diumumkan kerajaan pusat melibatkan Sabah dan Sarawak.

Dalam konteks Kinabatang-an, kata Zurina, pihaknya telah mencadangkan Ko-.Tanikan Berhad sebagai wakil utama membangunkan program pertanian itu melibatkan kalangan pekebun kecil dalam daerah itu.

“ Daripada MOU yang kita adakan hari ini, Ko-Tanikan akan mula mendaftarkan sejumlah besar pekebun kecil daerah ini untuk program pertanian pokok jarak dengan kaedah dan kelonggaran penyertaan yang kita sediakan,” katanya.

 

Hakcipta Terpelihara © 2007
BATC Development Bhd