Tiga strategi perkukuh usahawan bumiputera
: oleh Muhammad Zikri

UTUSAN MALAYSIA (Edisi Selatan), 18 November 2007

PONTIAN 18 Nov - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menumpukan kepada tiga strategi utama bagi memperkukuhkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Menterinya Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin. berkata tiga strategi utama ialah pembangunan rantaian ini secara kelompok, pemindahan teknologi dan pembangunan Usahawan serta Koperasi di koridor Pembangunan wilayah. Katanya, di bawah pembangunan kelompok atau kluster, pihaknya mem. berikan penekanan dan kepentingan kepada hubungan dalam sektor tertentu seperti pertanian serta kegiatan utama yang lain.

Menurut beliau, jaringan sedemikian diharap mampu melahirkan usahawan bumiputera yang dapat menguasai sesuatu sektor sekaligus mewujudkan rangkaian di kalangan mereka.

"lnilah yang menjadi tumpuan Kementerian saya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) supaya pembangunan usahawan dan koperasi berjalan seiring dan sejajar dengan keĀ¬perluan masa kini.

"lni termasuklah di koridor pembangunan wilayah seperti di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Ekonomi Pantai TImur (ECER)," katanya.

Mohamed Khaled menyatakan demikian ketika merasmikan tapak semaian tanaman pokok jarak di Dewan Haji Sidek, Parit Keroma, Ayer Baloi di sini semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Setiausaha Politik beliau, Mohd. Khairi Malek. Taman semaian itu diusahakan oleh Kumpulan Bionas Sdn. Bhd., bagi menghasilkan biodiesel daripada minyak buah jarak atau nama saintifiknya Jatropha Curcas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Benut, Solehan Sengot, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bionas, Mohd. Shafie M.

Jaffri. Mohamed Khaled berkata, strategi kedua ialah memberikan tumpuan kepada peningkatan taraf usahawan dari peringkat biasa sehingga kepada peringkat tertinggi melalui program keilmuan dan sebagainya. "Ini termasuklah mewujudkan Koperasi Usahawan Tani yang memayungi 11 buah koperasi yang menjalankan aktiviti pertanian, ternakan dan juga asas tani berskala besar," ujarnya. Sehubungan itu, beliau berharap, projek semaian tanaman jarak itu mampu berdaya saing sekaligus menyokong usaha kementerian dalam melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.

 

Hakcipta Terpelihara © 2007
BATC Development Bhd