Siam Reap, Cambodia. 25-26 Jun 2010 - Perjanjian Usahasama telah ditandatangani di antara BIONAS dan Mrs Tioulong Saumura, Ahli Parlimen Phnom Penh, Cambodia bagi melaksanakan Projek Tanaman Pokok Jarak dan Program Biofuel Bionas. Lawatan telah dibuat ke Banteay Meanchey dan Kampong Thom, Siam Reap di mana penduduk-penduduk di sana mendapat bekalan elektrik dengan menjual hasil jarak mereka kepada wakil yang dilantik oleh Mrs Saumura. Turut serta di dalam lawatan ini ialah Mr Men Sothavarin, Ahli Parlimen Kampong Thom, Siam Reap dan Mr Ferdinand Van Wichelen mewakili Terracottem, Belgium. Bionas Cambodia menawarkan pembiayaan 100% biji benih jarak kepada 1 juta rakyat Cambodia untuk menanam 10 ekar seorang dengan jaminan belian balik hasil tanaman mereka. |