Usaha tingkat ekonomi keluarga - Baharom

Melaka Hari Ini , 19 Okt 2007

DURIAN TUNGGAL, 18 Okt. : "Ekonomi keluarga tidak akan berubah sekiranya kita tidak berusaha untuk merubahkannya, oleh itu apa pun peluang yang baik jangan dipersia-siakan."

Demikian ucapan penu­tup Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Baharom Majid ketika mela­kukan majlis penutup 'Penerangan Projek Jarak Jatropha' di sini, petang ini.

Beliau yakin bahawa projek tanaman pokok Jarak Jatropha ini amat sesuai untuk dijadikan tanaman asas bagi mengukuhkan ekonomi penduduk-penduduk khususnya daerah Alor Gajah.

"Setiap usaha untuk mempertingkatkan ekonomi rakyat wajar disambut baik dan hendaklah diikuti de­ngan pelaksanaan bersung­guh-sungguh sehingga men­datangkan hasil yang luma­yan," katanya kepada Melaka Hari lni (MHI).

Katanya, inisiatif yang dijalankan oleh pihak BIONAS adalah sejajar dengan visi kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan taraf kemiskinan dikalangan rakyat.

Beliau mengingatkan para tani dan pengusaha supaya memastikan bahawa tanah-tanah yang hendak diusahakan itu adalah hak milik individu atau koperasi atau ladang milik swasta.

Sehubungan itu, orang ramai yang berminat dalam projek ini seharusnya berhu­bung terlebih dahulu dengan pihak Pejabat Tanah untuk memastikan status tanah agar tidak timbul sebarang masalah.

Terdahulu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan BATC Development Bhd dan BIONAS Sdn. Bhd. Mohd Safi'e A Jaffri menyatakan baha­wa pihaknya telah memula­kan projek tersebut di Sabah, Sarawak dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Katanya, projek menanam pokok Jarak Jatropha kini berkembang pesat di Thailand dan Indonesia, dan beliau yakin walaupun ne­geri Melaka kecil namun ia­nya boleh disatukan dengan negeri-negeri jiran seperti Johor.

Menurutnya, setiap 5,000 hektar tanaman pokok Jarak Jatropha pihak­nya akan mendirikan kilang mengumpul dan perahan untuk proses dijadikan pro­duk bio-diesel daripada buah jarak tersebut

 

Hakcipta Terpelihara © 2007
BATC Development Bhd