Majlis Penerangan Projek Biofuel Tanaman Jarak & Program MURABAHAH di Miri, Sarawak.

Miri, Sarawak, 5 Mac 2010  - Majlis Penerangan Projek Biofuel Tanaman Jarak dan Program MURABAHAH di Hotel Dynasty, Miri, Sarawak. Bionas telah menaja cek berjumlah RM5,000 dan wang tunai RM480 hasil jualan baju 'T-Shirt' Projek Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) kepada Rh. Anyut, Julau, Sarawak bagi membaiki jalan masuk ke kampung mereka sejauh 3km. Bionas juga telah menaja laman web Projek Ekonomi Rakyat Sarawak www.pers.com.my yang telah di lancarkan pada malam tersebut. Kesemua tajaan oleh pihak Bionas di berikan kepada pihak PERS Development Corporation Sdn Bhd yang telah menjalinkan Usahasama dengan pihak Bionas bagi memberi pembiayaan 100% kepada satu (1) juta rakyat Sarawak untuk menanam pokok jarak sebanyak 10 ekar seorang.