BIONAS, 13hb Mei 2008 - Perkembangan terkini BIONAS Agropolitan Technology Corridor Development, BATC Development Bhd telah mula memasuki Fasa Kedua Projek Bio-Diesel tanaman Pokok Jarak (Jatropha Curcas) di mana ladang tanaman peserta dari kalangan penduduk luar bandar dan usahasama dengan pihak Koperasi dan Agensi Kerajaan akan mula mengeluarkan hasil pertengahan Jun 2008. Sebanyak 178 Nurseri BIONAS di seluruh Negara akan dilantik secara berperingkat untuk mengendalikan Pusat Pungutan Hasil BIONAS di tapak Nurseri mereka bagi memudahkan para peserta menjual hasil tanaman mereka.
Kilang Perahan (Press Mill) bagi mengeluarkan minyak mentah Jarak (Jatropha Crude Oil) akan mula beroperasi pada bulan Ogos 2008 di Jeram, Selangor dan Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Kedua-dua kilang ini mampu mengeluarkan 120,000 mt minyak mentah Jarak setahun dengan pelaburan mencecah sehingga RM20 juta.
Kilang Penapis (Refinery) bagi memproses minyak mentah Jarak menjadi Bio-Diesel di Pusat Perindustrian Lumut, Perak dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 60,000 hingga 120,000 mt setahun akan mula beroperasi pada November 2008. Manakala Kilang Perahan & Penapis di Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 120,000 mt setahun akan mula beroperasi pada Januari 2009 dengan pelaburan kedua-dua kilang tersebut keseluruhannya melebihi RM180 juta.
Sehingga kini, BIONAS BATC Development Bhd telah menandatangani Perjanjian Usahasama dengan pihak YPJ Palm International Sdn Bhd iaitu anak syarikat YPJ Holding, syarikat milik Kerajaan Negeri Johor, Loreno Bio-Chem Ltd. Singapore & Grand Inizio Sdn Bhd.
BIONAS bakal mengumumkan kilang Penapisnya di Lahad Datu, Sabah iaitu hasil perjanjian usahasamanya yang di dalam peringkat akhir perbincangan dengan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.
Manakala di Lawas, Sarawak, BIONAS akan mendirikan kilang Perahan dan Penapis minyaknya dengan kapasiti 240,000 mt setahun yang dijangka beroperasi pertengahan tahun 2009.
BIONAS berkemampuan mengeluarkan minyak mentah Jarak (Jatropha Crude Oil) sebanyak 730,000 mt dan minyak Bio-Diesel Jarak (Jatropha Bio-Diesel) sebanyak 340,000 mt pada pertengahan tahun 2009.
BIONAS menggalakkan orang ramai yang memiliki tanah terbiar supaya memulakan tanaman Pokok Jarak kerana keperluan /permintaan kepada minyak bio-fuel & biodiesel di seluruh Dunia amat memberangsangkan. Keperluan kepada buah jarak untuk di proses sehingga kini mencecah 2.2 juta tan dengan pulangan penambahan pendapatan kepada pemilik tanah sehingga RM1.87 billion. Untuk rekod, jaminan beli balik biji buah jarak oleh BIONAS di Malaysia ialah RM850/tan
|