JARAK PENANAMAN
Bagi Keluasan 1 ekar tanah, Pokok Jarak boleh ditanam di antara 800 pokok sehingga 1000 pokok dengan kaedah susunan seperti di atas
KAEDAH PENANAMAN
Anak pokok Jarak ditanam dengan jarak 7 kaki, bagi memastikan ruang yang cukup untuk memetik buah
KAEDAH PENCANTASAN
Pencantasan dilakukan bagi menambah cabang dahan yang boleh menggandakan buah.
Proses ini juga dapat menjaga ketinggian pokok diparas maksima dua meter saja
KAEDAH MEMETIK BUAH DAN MENGERINGKAN BIJINYA UNTUK DIJUAL KEPADA BIONAS
Buah yang berwarna kuning kehitaman dipetik tiga hari sekali.
Buah akan kering dipokok sekiranya terlewat memetik. Ini menyebabkan berat bijinya akan kurang dan akan merugikan penanam.
Setelah dipetik, buah dikopek dan terdapat 3 atau 4 biji di dalamnya.
Biji yang masih basah tidak boleh dimasukkan ke dalam guni kerana ditakuti akan berkulat.
Mesti dikeringkan di tempat yang TIDAK terdedah kepada matahari.
Setelah kering, dikumpul ke dalam guni utnuk dijual kepada BIONAS. Kulitnya diletak ke pangkal pokok menjadi baja yang baik.