Majlis Perasmian Pejabat Urusan BIONAS AIRWAYS di Kuala Lumpur

Medan Tuanku, Kuala Lumpur, 12 Februari 2011 - Majlis Perasmian Pejabat Urusan BIONAS AIRWAYS dan Pelancaran Program Umrah dan Haji di bawah 'Global Islamic Pilgrims Board (GIPB)' mewakili 9 Negara di No 11, Jalan Medan Tuanku 1, 50300 Kuala Lumpur. Beberapa Perjanjian telah ditandatangani di antara Bionas Airways dan wakil-wakil GIPB dari Negara China, Indonesia, Thailand dan Filipina. Persefahaman Usahasama turut ditandatangani wakil dari syarikat Advanced Special Aviation Services, Jeddah, Arab Saudi.